Laman Utama

“Takkan Nak Tunjuk Dekat Media Sosial Kot” - Ditegur Fasal Ibadah Aishah Bagi Komen Padu, Ramai Setuju

gempak
Mya Amri
27/09/2021
09:30 MYT
Sponsor Banner
“Takkan Nak Tunjuk Dekat Media Sosial Kot” - Ditegur Fasal Ibadah Aishah Bagi Komen Padu, Ramai Setuju
Penyanyi Aishah berpendapat tidak layak seseorang untuk menghakimi individu lain terutama perihal ibadah.
Menurut Aishah, setiap amal ibadah yang dilakukan tidak semestinya perlu dimuat naik di media sosial untuk tatapan umum.
“Berpagi-pagian sangat menenangkan jiwa. Kebiasaannya saya adalah seperti burung hantu.
“Bermula dari masa menyanyi dulu kehidupan seperti burung hantu, tidur siang berjaga malam.
“Tetapi siapa yang belum cuba berpagi-pagian ini cubalah, diiringi dengan zikir dan bacaan suci Al-Quran diikuti solat Dhuha.
“MasyaAllah rasakanlah keajaibannya kerana masa inilah rezeki Allah SWT turun untuk hamba-Nya.
By the way semalam bila saya muat naik video menyanyikan lagu untuk kelab peminat, ada yang mengingatkan saya supaya lebih banyak beribadah.
“Saya rakam video itu pun untuk membantu mengumpul dana. Tetapi terima kasih di atas ingatan anda semua.
“Tetapi kita tak akan nak tunjukkan amal ibadah kita buat dekat media sosial kot. Sembunyikanlah ibadah mu seperti kamu menyembunyikan keaiban mu. Sekian tazkirah pagi ini,” coretnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen bersetuju dengan pandangan Aishah.
“Setiap ibadah yang kita lakukan biarlah Allah sahaja yang tahu,” tulis @nordinazian7
“Ibadah kita hanya Allah dan kita sahaja yang tahu. Nanti tunjuk banyak-banyak beribadah pun saah juga. Kena hentam juga kata menunjuk-nunjuk. Yang penting kita ni sentiasa berfikiran positif,” coret @lailataib
Terdahulu Aishah telah ditegur selepas memuat naik video menyanyikan lagu untuk kelab peminatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live