Biarpun hanya berniaga air dengan keadaan gerai serba kekurangan, ia langsung tidak menghalang seorang warga emas untuk membantu insan kesusahan.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok milik seorang individu menggunakan akaun @Hanifasyraf1.

Menerusi video berdurasi 2 minit itu, pemuda tersebut bersama rakannya dilihat cuba untuk meminta secawan air tanpa sebarang bayaran.

Pemuda tersebut memberi alasan dompetnya tertinggal.

Namun, apa yang mengejutkan ramai, warga emas tersebut dengan mudahnya bersetuju untuk memberikan air secara percuma tanpa menyoal lebih lanjut.

Susulan itu, ramai yang tersentuh apabila warga emas itu masih menghulurkan bantuan biarpun dalam keadaannya yang serba kekurangan.

“Dia susah tapi dalam susah masih bantu brother tu”

“Ya Allah kau murahkan la rezeki makcik ni”

“Kat mana makcik ni berniaga, jom kawan-kawan kita bantu,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.