gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kes Lemas Berulang, UniSZA Keluar Notis Larangan Aktiviti Di Air
KELUANG MAN
Penangan Nostalgia Keluang Man, Lebih 7,000 Orang Enjoi Di Acara Fun Run Superhero Original Pertama Malaysia
HIBURAN
“Takkanlah Mama Saya Nak Racun Anak Sendiri” – Selesai Berpantang, Atikah Suhaime Berang Ditegur Makan Ikan Pari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Takkanlah Mama Saya Nak Racun Anak Sendiri” – Selesai Berpantang, Atikah Suhaime Berang Ditegur Makan Ikan Pari

gempak
Umirah Halim
18/05/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Takkanlah Mama Saya Nak Racun Anak Sendiri” –  Selesai Berpantang, Atikah Suhaime Berang Ditegur Makan Ikan Pari
Pelakon, Atikah Suhaime, meluahkan rasa berang apabila menerima pelbagai komen negatif daripada segelintir warganet gara-gara memuat naik video menikmati hidangan asam pedas ikan pari yang dimasak oleh ibunya.
Menurut Atikah, teguran segelintir netizen berhubung makanan pantang disifatkan sebagai keterlaluan, apatah lagi tempoh berpantangnya sudah pun berakhir.
“Ada ke patut rata-rata yang komen di TikTok kata ‘pari berbisalah’, nanti ‘anak saya kembunglah’.
“Takkanlah mama saya nak racun anak sendiri? Agaklah.
“Selepas itu, sibuk lagi cakap pasal makanan pantang, padahal saya dah habis pantang. Orang yang komen pasal makanan pantang masing-masing sudah macam peti sejuk tiga pintu.
Tiada satu pun yang sibuk komen pasal pantang, awet muda macam mama saya.” katanya menerusi hantaran di Instagram Stories baru-baru ini.
Pelakon drama Dendam Cinta Ariassa itu juga menegaskan bahawa dia tidak memerlukan sebarang nasihat berkaitan pemakanan, lebih-lebih lagi daripada individu yang tidak dikenali di media sosial.
Malah, kekal dengan pendiriannya bahawa setiap ibu pasti tahu apa yang terbaik untuk diri dan anak mereka.
“Kalau awak tak nampak awet muda, badan slim, tolong… saya tidak perlukan nasihat awak berkaitan pantang.
Awak nasihat dan cantikkan diri sendiri dulu, baru nasihat orang lain. Ada hati nak cakap itu ini, sudahlah macam senduk je masing-masing.
“Mama saya masak, saya makan. Saya okay, anak saya pun okay. Itu yang penting,” katanya ringkas.
Terdahulu, video Atikah menjamu asam pedas pari yang dimuat naik di TikTok telah mengundang pelbagai reaksi warganet, dengan ramai meluahkan kebimbangan bahawa ikan pari dianggap berbisa dan tidak sesuai untuk wanita yang baru bersalin.
Topic Berkaitan
#Pantang
#Tegur
#Berang
#Atikah
#Suhaime
#ikan pari
Must-Watch Video