Berita
Takut Dengan Laut, Cik Manggis Dedah Menghidap Thalassophobia
Penyanyi Cik Manggis mendedahkan dirinya sebenarnya menghidap thalassophobia iaitu sejenis fobia yang mempunyai rasa takut secara ekstrem terhadap perairan yang dalam atau laut.
Fobia itu menyebabkan Cik Manggis berada gementar dan takut meskipun berada di gigi pantai.
“I’m living with Thalassophobia. Kadang-kadang duduk kat gigi pantai pun boleh nervous.
“Saya dah buat beberapa aktiviti pantai dan laut untuk tangani masalah fobia ini tetapi nampaknya ia semakin teruk,” katanya.
Cik Manggis yang juga ahli kumpulan De Fam itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, dia memuat naik fotonya di tepi pantai.
Pun begitu, Cik Manggis masih berusaha untuk menghilangkan fobia tersebut dan dia cuba meminta nasihat dan tip dari pengikut laman sosial.
“Siapa yang pernah ada fobia dan berjaya atasi fobia dia? Boleh share di sini apa jenis fobia dan bagaimana kamu atasinya? Any tips physically & mentally?
“Moga bermanfaat untuk orang ramai termasuk Manggis sendiri,” pintanya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut berkongsi fobia masing-masing.
“Saya phobia tempat pintu yang tutup auto.. Macam pintu lif dan pintu kereta api.
“I have misophobia. Takut dengan bunyi. Sampai sekarang I failed to overcome with it. Maybe it sounds weird but it's real. Sometimes rasa macam give up.
“I've that phobia too sometimes. Just need to control our mind and don't think too much. Then that way I'll be better,” komen-komen pengikutnya.
Must-Watch Video