Takut Ditinggalkan Suami, Ini Yang Dilakukan Oleh Nia Ramadhani

Rozaimi Zubaidi
September 26, 2018 02:26 MYT
Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani mengakui harus menjaga bentuk badannya walaupun selepas melahirkan tiga orang cahaya mata.
Menurut laporan Liputan6.com, Nia menjelaskan perkara itu dilakukan kerana risau dirinya akan ditinggalkan oleh suaminya, Ardi Bakrie.
"Apa yang dilakukan oleh saya ini adalah untuk kepentingan diri sendiri dan mahu kelihatan langsing serta kurus di hahadapan semua orang.
"Saya harus kelihatan cantik kerana risau ditinggalkan oleh suami kerana sudah berbadan gemuk.
"Saya ada juga mengamalkan diet yang sihat serta melakukan senaman supaya dengan itu dapat mengekalkan bentuk badan sekarang," katanya.
Nia Ramadhani dan Adriansyah Bakrie telah bernikah pada tahun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mikhaila Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.
#Pelakon Indonesia #Nia Ramadhani