'Takut' Jadi Penyebab Mawar Rashid Berhijab
Zulaikha Yusof
26/08/2020 02:04 MYT
26/08/2020 02:04 MYT
Pelakon Mawar Rashid berkongsi beberapa sebab dia membuat keputusan untuk berhijrah mengenakan tudung.
Menurut Mawar, dia diselebungi dengan perasaan takut justeru dia nekad untuk berubah.
"Salah satu sebab Mawar berhijrah sebab Mawar takut. Takut tak dapat keredhaan dari Allah SWT dan Rasulullah.
"Takut dengan balasan yang Mawar akan dapat. Takut akan jadi punca berjauhan dengan Allah SWT.
"Takut suami Mawar kena tanggung dosa Mawar. Takut tak menjadi contoh yang baik kepada pengikut Mawar.
"Takut nanti orang terikut-ikut benda yang tak betul yang Mawar buat. Doakan Mawar jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah, doakan Mawar untuk istiqomah juga," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, isteri kepada aktor Raf Yaakob ini berasa terharu apabila ada segelintir peminat yang menjadikan dirinya sebagai inspirasi kehidupannya.
"Terima kasih semua yang mendoakan Mawar. Ramai sangat yang DM Mawar, WhatsApp peribadi Mawar.
"Terharu sangat-sangat bila awak semua doakan kat Mawar. Ada yang cakap terima kasih sebab bagi inspirasi.
"Lagi lah Mawar terharu. Siapalah Mawar. Mawar pun hamba Allah yang banyak sangat kekurangan dan baru nak menutup aurat.
"Mawar pun doakan kepada anda semua. Semoga dipermudahkan segalanya dan semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Aamiin ya rabbal’alamiin," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Mawar mengumumkan telah berhijrah bersempena hari Jumaat, 2 Muharram.
BACA: Umum Berhijrah, Mawar Rashid Mohon Doa Orang Ramai
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri iaitu Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.