Laman Utama

Takut Jarum? Vaksin AstraZeneca Semburan Hidung Sedang Diuji, Makin Canggih!

gempak
Hanafis Haris
13/07/2021
13:17 MYT
Sponsor Banner
Takut Jarum? Vaksin AstraZeneca Semburan Hidung Sedang Diuji, Makin Canggih!

Pemberian vaksin mungkin satu rahmat buat sesetengah orang, namun ada di antara kita pastinya menganggap ia satu mimpi ngeri.

Bukanlah menolak vaksin, namun ia lebih kepada ketakukan dialami ketika melihat jarum atau picagari.

Malah, ada yang mengelak untuk dicucuk semata-mata kerana takut kepada jarum itu sendiri.

Namun, berita baik buat mereka dos vaksin ChAdOx1 nCoV-19 atau lebih dikenali sebagai AstraZeneca bakal tampil dengan kaedah semburan hidung.

Menerusi laporan CNBC Indonesia, ujian kini sedang dijalankan di United Kingdom.

Apa yang lebih bagusnya, teknik semburan ini dikatakan adalah lebih efektif kerana diberikan terus ke bahagian sel hidung.

Biarpun belum konklusif ujiannya, namun kaedah ini pastinya memberi harapan dan sinar baru buat mereka yang terlalu paranoid dengan suntikan jarum.

Kaedah ini juga pastinya turut memberi kelegaan buat ibu bapa sekiranya anak mereka mengalami masalah sama.

Apapun dengan kemunculan penghasilan menggunakan teknologi baru ini, diharapkan wabak Covid-19 dapat dikurangkan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024