Hiburan

"Takut Kalau Amalan Kita..." - Kongsi Bayar Zakat RM52,500 Di IG, Aliff Syukri Terima 'Kata Pedas' Netizen

gempak
Zulaikha Yusof
16/03/2020
23:04 MYT
Sponsor Banner
"Takut Kalau Amalan Kita..." - Kongsi Bayar Zakat RM52,500 Di IG, Aliff Syukri Terima 'Kata Pedas' Netizen
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerima kecaman selepas memuat naik foto cek berjumlah RM52,500 yang dibayar kepada Lembaga Zakat Selangor.
Kata Aliff, dia bersyukur walaupun menghadapi pelbagai dugaan namun rezekinya dalam perniagaan masih menguntungkan.
"Syukur Alhamdulillah, walaupun apa yang berlaku sekarang bisnes abang masih hebat dengan @as.legacymalaysia berminat whatsApp abang.
"Abang tidak lupakan tanggungjawab abang dan abang akan tunaikan. Setiap bulan abang akan mengeluarkan zakat untuk membantu orang di luar sana yang susah.
"Ditambah lagi dengan masalah kegatawan ekonomi, penyebaran corona virus, pekerjaan semakin berkurang.
"Korang semua doakanlah supaya abang boleh terus cekal dan kekalkan brand abang supaya abang dapat membantu lebih lagi banyak orang di luar sana. Doakan kejayaan abang," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Walaupun niat Aliff baik, rata-rata pengikutnya tidak gemar dengan kelakuannya yang suka menunjuk kemewahan serta bersikap riyak.
Terdahulu, Aliff dikecam apabila dirinya dikatakan sebagai punca kepada tercetusnya kontroversi melibatkan keluarga arwah Abam Bocey.
Bahkan, dia juga terpalit dengan beberapa kontroversi termasuklah isu pergolakan rumah tangga, penderaaan kanak-kanak dan single terbarunya, Cuba Bahagia.
Saksikan program yang pernah dijayakan oleh Aliff di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Sekadar makluman, berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Instagram, setakat jam 11 malam (16 Mac) angka kes COVID-19 kini mencecah 553 di Malaysia tanpa sebarang rekod kematian.
Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live