Takut Kena Saman, Dah Ramai DM Linda Rafar Untuk Mohon Maaf
Mya Amri
Januari 31, 2019 07:16 MYT
Januari 31, 2019 07:16 MYT
Penyanyi Linda Rafar sudah mula menerima permohonan maaf daripada netizen yang menulis komen keterlaluan memburukkan diri dan keluarganya menerusi Insta Story mereka.
Selain Insta Story, ada juga ada yang menghantar ‘Direct Message’ (DM) kepada Linda untuk memohon maaf atas tindakan menulis komen melampau sehingga memburukkan nama dan juga keluarga penyanyi itu berhubung isu fitnah jururawat di Hospital Shah Alam pada Disember lalu.
“Al-fatihah mak… Alhamdulillah... Allah tidak tidur. Hari ini ramai dm Linda untuk menyatakan hasrat mereka memohon maaf. Untuk mempermudahkan urusan semua pihak. Linda buat posting ni untuk mereka yang nak komen maaf.
“Anda boleh komen seperti berikut. " saya nak minta maaf kerana sewenang-wenangnya dan tanpa bukti membuat komen/ posting/ story/ status/twit berbunyi ................ pada ............... dan saya mengaku bahawa linda tiada membuat sbrg kesalahan terhadap saya. Saya berjanji tidak akan membuat sbrg spekulasi dan komen komen lagi yang menjatuhkan reputasi beliau dan keluarga beliau"
“InsyaAllah saya akan rujuk peguam dan membuat langkah selanjutnya selepas menerima permohonan maaf tersebut @nha_lawfirm @hafidzahhassan,” tulisnya.
Terdahulu, Linda Rafar, 41, memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang bertanggungjawab memburukkan imej dan nama keluarganya.
Linda menerusi wakil peguamnya, Nurul Hafidzah Hassan menjelaskan notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula Selasa.
Tempoh masa diberi adalah 7 hingga 14 hari selepas notis diterima untuk membuat permohonan maaf.
Foto: Instagram @lindarafar