Takut Kena Tangkap, Wakil Rakyat Dipecat Sebab Tak Pernah Hadir Ke Parlimen
Maliah Surip
16/03/2023 16:00 MYT
16/03/2023 16:00 MYT
Seorang wakil rakyat yang juga merupakan Youtuber gosip Jepun dipecat daripada parlimen kerana tidak pernah menghadiri persidangan yang sudah berjalan.
Yoshikazu Higashitani dipecat baru-baru ini oleh senator selepas tidak pernah hadir bersidang walaupun sekali selepas tujuh bulan dilantik menjadi wakil rakyat.
Higashitani atau lebih dikenali sebagai Gaasyy di YouTube diundi menjadi wakil rakyat oleh penduduk di kawasannya pada Julai lalu.
Dia menjadi ahli parlimen pertama Jepun yang dipecat kerana masalah kehadiran. Malah tindakan memecat ahli parlimen juga bukan sesuatu yang senang dilakukan. Ia hanya terjadi dua kali dalam sejarah parlimen sejak tahun 1950.
Keputusan memecat Higashitani diambil selepas dia gagal memenuhi panggilan parlimen untuk hadir dan meminta maaf di atas ketidakhadirannya sepanjang dilantik kepada senator.
Media tempatan melaporkan Higashitani enggan hadir ke parlimen kerana takut ditangkap atas pertuduhan penipuan wang dan fitnah terhadap selebriti.