Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Takut Kereta Meletup, Masuk Gaung" - Safiey Illias Fobia Nak Memandu, 8 Bulan Simpan Kereta Mewah Kerana ...

Amri Hassan
10/08/2020 09:59 MYT
Usahawan kosmetik dan penyanyi sensasi Safiey Illias akui berdepan perasaan fobia untuk memandu di jalan raya.

Jelas Safiey, disebabkan depresi juga, dia terpaksa menyimpan kereta mewahnya selama hampir setahun.

"Lama tak bawa kereta sebab anxiety dan depresi. Takut bawa sebab takut kereta meletup, tayar meletup, terbakar, masuk gaung.

"Itu saya hadap selama lapan bulan. Hari ini gagahkan juga sebab tahu sangat streng ini rindu dekat saya.

"Hampir lapan bulan juga kereta tak bergerak cuma panaskan enjin saja.

"Bila bawa kereta, pegang stereng rasa nak nangis, hiba," tulisnya.



Tambah Safiey, perasaan itu ekoran tersentuh atas kurniaan nikmat Allah kepadanya.

"Saya beli kereta ini ketika umur 22 tahun.

"Walau banyak wira papan kekunci yang suka downkan saya, tapi saya fikir satu je.

"Setiap kecaman mereka menggambarkan hati mereka yang tidak tenang. Kecemburuan kerana gagal menjadi yang terbaik dalam kerjaya," tambahnya.

Dalam entri sama Safiey juga menyesal dan akui mahu menyanjungi keluarga terutama kedua-dua ibu bapanya selepas kesilapannya dua tahun lalu.

"Saya tak nak sanjung kawan lagi. Saya nak hargai keluarga dan sahabat yang ada dengan saya," kata Safiey.
#Kereta Mewah #Meletup #Safiey Illias
;