Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Takut Kesan Lebih Teruk, Aiman Tino Tak Jadi Bedah Buang Tonsil

Amri Hassan 07/02/2019 | 07:54 MYT
Penyanyi muda, Aiman Tino, 21, menjelaskan dia mengambil keputusan untuk menangguhkan pembedahan membuang tonsil yang sepatutnya dijalankan pada November lalu.
Kata penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu, sehingga kini dia bergantung pada ubat yang dibekalkan oleh doktor.
"Saya tak jadi bedah buang tonsil sebab tidak digalakkan oleh doktor.
"Jadi, saya dibekalkan ubat-ubatan dan akan berjumpa doktor untuk pemeriksaan berkala setiap bulan.
"Insya-Allah ia tidak memudaratkan dan ubat itu pun akan dimakan sekiranya perlu sahaja," katanya kepada Gempak.
Tambah Aiman, dia turut berdepan kerisauan seandainya pembedahan membuang tonsil itu akan menyebabkan suaranya berubah.
"Takut pun ada juga sebab terlalu banyak fikir mungkin suara saya sudah tak sama lagi nanti.
"Jadi pendekatan saya sekarang tidak boleh terlalu 'menekan' apabila menyanyi dan ada tahap tertentu sahaja untuk menyanyi setiap hari," tambahnya.
Mengulas mengenai 'kehilangan' daripada industri sejak hujung tahun lalu, jelas Aiman dia mengambil peluang untuk berehat seketika.
"Sejak daripada saya sakit, saya jadi kurang yakin untuk menyanyi. Jadi saya ambil peluang ini untuk berehat seketika.
"Bagi saya, industri ini ada turun naik dan ia normal bagi seorang penyanyi," ujarnya yang baru muncul dengan single terbaharu, Terlerai Sebuah Janji.
#Penyanyi #Aiman Tino #Penyanyi #Tonsil
;