Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’

Maliah Surip
03/07/2022 06:53 MYT
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.

Bukan kerana rosak, sebaliknya rollercoaster tersebut yang berhenti betul betul di bahagian tengah dan seperti ‘tergantung’ itu berhenti angkara dua orang kanak kanak.

Menurut laporan AP, dua kanak kanak tersebut dengan sengaja menekan butang kecemasan sewaktu rollercoaster bergerak kerana terlalu takut.

Kanak kanak yang ketakutan dipetik berkata menekan butang kecemasan kerana ingin segera turun daripada rollercoaster itu.

Lebih parah, rollercoaster tersebut telah berhenti dalam posisi siap untuk menjunam ke bawah sekaligus membuat penumpang lain menjerit ketakutan kerana menyangka sesuatu yang buruk atau kerosakan sedang berlaku pada rollercoaster itu.

Kejadian yang berlaku pada 26 Jun lalu sempat dirakamkan oleh pengunjung taman tema yang terletak di banddr Nanjing di Jiangsu Province.

Lantaran itu pengunjung lain yang ikut bermain di dalam rollercoaster tersebut berada dalam keadaan panik dan tersangkut selama lebih 10 minit sebelum diselamatkan oleh para pekerja taman tema. Bagaimanapun semua selamat dalam kejadian tersebut.

Kredit Foto / Tangkap Layar Video: AP

#Viral #China #Kanak-Kanak #Rollercoaster #Butang