Berita
Takut Nampak Tua Jika Berat Badan Naik, Faizal Hussien Amalkan Angkat ‘Dumbell’ Di Rumah - “Bukan Nak Cakap Saya Muda Tapi…”
Pelakon Faizal Hussein memberitahu dia tidak akan membiarkan berat badannya melebihi 65 kilogram (kg) untuk memastikan mudah mendapat watak yang diidamkan dan dapat menjayakannya dengan baik.
BERITA BERKAITAN: Viral Pelajar Lukis Voice Note Dalam Kertas Exam, Sir Fathi kata...| Motif Trending
BERITA BERKAITAN: Dituduh Tumpang Nama Faizal Tahir, Ini Respons Anas Tahir - “Kadang-Kadang Bila Saya Mengaku…”
Katanya, penting bagi seorang pelakon untuk mengambil tahu berat badan sendiri bagi memastikan watak yang diidamkan menjadi miliknya.
"Sebenarnya saya sejak dahulu memang kekalkan berat badan saya sebab kalau berat badan saya naik saya nampak lebih tua. Bukan nak cakap saya muda, tetapi untuk diri saya memang perlu maintain berat sekarang.
“Tak boleh lebih 70 kg… kerana kebiasaannya sekalipun saya dapat watak bapa-bapa saya tetap akan ada dua watak dalam satu karakter yang saya bawa.
“Maksudnya dalam satu cerita watak saya akan berkembang. Kalau saya jadi bapa, saya akan jadi bapa yang jahat contohnya. Itu semua disebabkan fizikal saya.
"Saya perasan kalau berat saya lebih 70 kg saya susah nak terima watak penagih dadah, watak gangster atau watak orang susah," katanya kepada Gempak.
Memasuki usia 58 tahun, selain menjaga pemakanan, sejak dahulu dia hanya mengamalkan mengangkat dumbell sekurang-kurangnya 150 kali bagi satu set setiap hari.
"Jujur saya kata, saya tidak pernah ke pusat kecergasan atau amalkan diet tertentu. Saya cuma lakukan senaman dumbell di rumah sahaja.
"Selain itu memang saya tak minum manis-manis untuk kawal gula dalam badan,"katanya.
Faizal juga memberitahu yang dia akan memulakan pengambaran pada Februari depan dalam sebuah drama terbitan Astro.
Must-Watch Video