Takut Peminat, Rossa Tambah Konsert Di Zepp KL Jadi Dua Malam!
Maliah Surip
15/06/2023 06:45 MYT
15/06/2023 06:45 MYT
Siri konsert Dream Festival Collaboration Vol. 3 - Rossa: Another Journey: The Beginning dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Julai depan.
Ironi, mengikut perancangan awal, konsert tersebut hanya akan berlangsung selama sehari iaitu 14 Julai 2023. Namun sokongan peminat yang cukup hangat membuat tiket konsert tersebut habis terjual dalam tempoh 24 jam.
Tidak mahu menghampakan dan ‘takut dimarahi’ peminat, pihak Dream Festival dan Rossa mencapai kata sepakat untuk menambah persembahan menjadi dua malam sebelum memilih tanggal 13 Julai 2023.
“Sebenarnya kami tidak sangka tiket habis dijual dengan cepat kerana sebenarnya ada terjadi salah faham mengenai waktu penjualan tiket dibuka.
“Saya sempat panik apabila ramai peminat yang mengaku tidak dapat membeli tiket. Jadi setelah berbincang dengan pihak Dream Festival, kami memutuskan untuk mengadakan satu lagi malam iaitu 13 Julai untuk menjadikan Dream Festival Collaboration Vol. 3 - Rossa: Another Journey: The Beginning dua malam.
“Takut ya saya, takut dimarahi peminat. Dan sebenarnya kesalahfahaman yang berlaku akhirnya menjadi blessing in disguise,” ujar Rossa sewaktu ditemui media selepas majlis pelancaran album baharunya Rossa: Another Journey: The Beginning di The Curve.
Tambah penyanyi Lupakan Cinta itu lagi, beliau menghubungi Rizky Febian untuk membantunya pada malam pertama kerana tunang penyanyi tersebut, Mahalini telah diumum menjadi penyanyi undangan pada malam kedua persembahan.
“Saya hubungi Rizky Febian, minta dia bantu saya. Ya sudah sekalian saja sama tunangnya (Mahalini),” tambah Rossa yang memaklumkan Betrand Peto Putra Onsu juga akan menjadi bintang tamu pada malam pertama.
Ditanya mengenai konsep yang akan diketengahkan memandangkan beliau baru melakukan konsert di Malaysia pada November lalu, Rossa memaklumkan semua yang akan dipersembahnkan kelak berbeza.
“Berbeza, konsep dan kebanyakan lagu juga berbeza kerana saya akan banyak mendendangkan lagu daripada album baharu iaitu Rossa: Another Journey: The Beginning. Pokoknya beza ya,” kata Rossa lagi.