HIBURAN

"Takut Saya!" - Bell Ngasri Dikejar Warden Parkir Di New Zealand, Semua Gara-Gara ...

Asyraf Roslan 07/07/2025 | 03:55 MYT

Pelakon, Bell Ngasri menyorot perhatian netizen selepas tular sebuah videonya di kejar oleh seorang warden parkir di New Zealand.

Bagaimanapun, warden parkir tersebut mengejarnya bukan kerana mahu menyaman aktor tersebut namun datang sebagai peminat.

“Ini bukan saman ye? Takut saya,” soal Bell kepada warden parkir tersebut.

Peminat tersebut berlari ke arah Bell sambil mengeluarkan buku untuk meminta tanda tangan pelakon 17 Puasa itu.

Turut kelihatan di dalam video tersebut adalah Fattah Amin, Amira Othman dan Irfan Harris.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat momen tersebut kerana pertama kali melihat Bell terkedu.

“Bukan senang nak tengok Bell speechless mcm ni.

"i very afraid 😂😂.

“Comel je dia lari nak autograf... kalah bang Fattah kita.

“Ni baru betul betul popular 😂😂😂👍 mantap.

“Bell mendunia,” komen netizen.
#peminat #Bell Ngasri #Kena Kejar #Warden Parkir