Gaya Hidup
“Takut Sejuk Tapi Bila Dah Mula Baru Rasa Banyak Kebaikan” – Datuk Siti Lakukan Terapi Mandi Ais
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengamalkan terapi ais sebagai salah satu cara untuk kekal sihat.
Siti juga turut berkongsi kebaikan mandi terapi ais menerusi Insta Story miliknya baru-baru ini.
Kata Siti, walaupun takut sejuk namun selepas mengalamalkan terapi tersebut barulah dia dapat merasai perubahan yang berlaku pada dirinya.
"Terapi ais takut sejuk tapi bila dah mula baru rasa banyak kebaikan," tulisnya.
Siti juga tidak lokek berkongsi cara-cara penyediaan melakukan terapi mandian ais untuk pengikut Instagramnya.
"Anda boleh cuba sendiri di rumah. Beli ais, letak garam mandian, titis minyak aromaterapi. Sebelum mandi ais bilas badan terlebih dahulu takut kejut nanti kejang pula. Selepas itu selawat dan bacalah tiga Qul. Selamat mencuba," tulisnya.
Foto: Instagram @ctdk
Must-Watch Video