Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

Firdaus
27/09/2024 09:55 MYT
Baru sahaja disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.

Alami Molar Pregnancy

Siti atau Siri Suriani Wahiddin, 26, berkata, kandungan itu terpaksa dibuang selepas doktor memberi pengesahan bahawa dia mengalami kehamilan molar pregnancy atau kandungan anggur.

“Rancang nak sorok dulu berita kehamilan sampai bayi dalam kandungan besar tapi tak kesampaian, Siti kena molar pregnancy," katanya.

Perkhabaran duka itu diceritakan menerusi TikTok milik Siti pada Jumaat.

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Tak Terkesan Gelaran ‘Pengantin Sampah’, Enggan Ambil Pusing Kecaman Netizen

​BERITA TRENDING: "Sentiasa Gembira & Dimurahkan Rezeki" - Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Dari Fattah Amin Sempena Birthday

​BERITA TRENDING: "Love Myself More..." - Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-41, Fazura Janji Untuk Lebih Sayangkan Diri Sendiri

​BERITA TRENDING: "Love Myself More..." - Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-41, Fazura Janji Untuk Lebih Sayangkan Diri Sendiri

Dalam pada itu, Siti berharap orang ramai mendoakan keselamatan dirinya kerana prosedur mencuci kandungan yang bakal dijalankan.

"Allah bagi pinjam sekejap (hamil). Doakan semoga semuanya selamat.

"Kena jalani prosedur untuk cuci kandungan. Takut tapi kena kuat," katanya.

undefined
Untuk rekod Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafig pada 2019 namun bercerai pada Disember 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, yang kini berusia 3 tahun.

Kemudian Siti kembali bergelar isteri kepada pempengaruh Aiman atau Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, pada 1 Jun lalu di Satun, Thailand.

Sekadar info, Molar pregnancy terjadi apabila janin tidak berkembang seperti yang sepatutnya.

Kebiasaannya, kehamilan seperti ini tidak akan kekal lama kerana plasenta tidak berfungsi dengan baik dan janin tidak berkembang sama sekali.

Dalam kes yang jarang berlaku ini, keadaan kehamilan juga boleh menyebabkan risiko kesihatan bagi ibu.
#Viral #Baby #Gugur #Influencer #Kandungan #Siti Jamumall #Kandungan Anggur #Molar Pregnancy
;