Hiburan
"Takut Terberanak Awal!" - Mon Ryanti Risau Suami Tak Boleh Teman Masuk Bilik Bersalin
Pelakon Mon Ryanti meluahkan rasa risau seandainya dia bersalin lebih awal daripada tempoh jangkaan.
Kata Mon, lebih menggusarkannya sekiranya suaminya, Hasrul Ali tidak dibenarkan menemaninya ketika proses bersalin.
"Menanti kelahiran #babyHH3 on Ramadan sebenarnya tapi takut terberanak awal.
"Saya dengar yang suami tidak dibenarkan memasuki bilik bersalin ketika tempoh lockdown.
"Saya tak tahu macam mana perasaannya nanti tanpa suami di sisi ketika bersalin nanti.
"Pastinya akan lebih beremosi dan sukar sekiranya tiada dia di samping saya nanti. Allahuakbar!
"Tetapi saya pasti petugas dalam bilik bersalin nanti akan menjaga saya dan membantu sepanjang saya berseorangan itu," kata Mon.
Pelakon yang pernah popular menerusi filem Jangan Pandang Belakang Congkak itu turut meminta doa agar dipermudahkan urusan bersalin kelak.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua sekiranya saya ada terguris perasaan sesiapa atau merasa tersinggung atau sebagainya selama ini atau dengan saya secara peribadi dgn sengaja ataupun tidak.
"Mohon doa agar proses kelahiran #babyHH3 selamat, sihat, dipermudahkan dan berjalan lancar. Mohon doakan juga keselamatan dan kesihatan saya," tambahnya.
Mon mendirikan rumah tangga bersama Hasrul pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Hayder Hayyan, 5 dan Husna Harika, 3 tahun.
Must-Watch Video