Usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin memuat naik sebuah rakaman video dirinya dengan imej berpurdah di laman Instagram (IG) semalam.

Menerusi video tersebut, Joy menyatakan dia berniqab untuk mengelak timbul isu seksi kerana menghantar anaknya, Arryan Firdaus ke 'Islamic School'.

"Hari ni Joy kena berniqab sbb melangkah masuk school arryan takut 'terseksi' pula..

"Hari ni Arryan dh start masuk Islamic School, sbb sebelum ni home schooling je..

"Ibu nak Aryyan belajar rajin-rajin sampai jadi ustaz yang berjaya dunia & akhirat..

"Tarik tangan ibu nanti sama-sama masuk syurga ya sayang.

"Arryan happy sbb kawan-kawan semua friendly and comel-comel..hihihik..tgk la tu siap nk selfie sekali," tulisnya.

Entri berkenaan mendapat respon positif daripada pengikut laman sosial tersebut yang rata-rata gembira dengan imej bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun itu.

Malah ramai yang memuji kecantikan Joy meskipun berpurdah.

Joy dan Hafiz pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2017 tetapi mereka disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.

Joy pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia lima tahun.

Hari ni Joy kena berniqab sbb melangkah masuk school arryan takut ‘terseksi’ pula.. ? Hari ni Arryan dh start masuk Islamic School, sbb sebelum ni home schooling je.. ? Ibu nak Arryan belajar rajin2 sampai jadi Ustaz yg berjaya dunia & akhirat.. ? tarik tangan ibu nanti sama2 masuk syurga ya syg.. ? . Arryan happy sbb kawan2 semua friendly & comel2.. hihihik.. tgk la tu siap nk selfie skali ?

A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on