Pelakon Shaheizy Sam mendedahkan dia terpaksa mengekalkan tubuh badan yang sihat atau ‘fit’ untuk tidak nampak keletihan ketika dikejar zombi dalam filem terbaharu Zombitopia.

Menurut Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 38, dia menjalani beberapa latihan kecergasan diri sebelum memasuki penggambaran filem yang dijayakan pada tahun 2016 itu.

“Rasa agak lama juga saya tak lihat diri saya di skrin. Filem ini pun sudah lama dijayakan penggambarannya.

“Saya akui ketika dalam filem ini saya perlu jadi fit kerana menariknya tentang cerita ini zombi-zombinya bukan boleh buat kita duduk dengan tenang kerana mereka sangat agresif.

“Jadi sebagai persediaan saya perly mengikut beberapa Latihan kecergasan seperti berlari, jogging dan bersenam serta berlatih untuk bergerak atau berlari dengan pantas,” katanya kepada Astro Gempak.

Sam berkongsi pengalaman tersebut ketika sesi sidang media virtual filem Zombitopia yang akan bersiaran secara penstriman Disney+Hostar bermula 2 Julai (esok).

Selain Sam filem bergenre aksi fiksyen itu turut dibintangi pelakon lain seperti Bront Palarae, Datin Eliva, Sharifah Amani, Azman Hassan dan ramai lagi.

Kata Sam lagi, Zombitopia bukan filem zombi biasa kerana ia merupakan filem yang serius dan membawa elemen kekeluargaan serta dekat dengan hati rakyat Malaysia.

“Bagi saya naskah berkaitan zombi ni dekat dengan orang kita. Iyalah, sebelum ini kita pernah disajikan dengan filem zombi yang ada suntikan humor dan kelakar seperti Zombi Kampung Pisang.

“Tetapi untuk filem zombi yang serius, belum ada lagi untuk pengkarya tempatan. Penceritaan zombi pula bukan berkaitan zombi itu semata-mata.

“Ia pasti aka emelen kekeluargaan, persahabatan dan kemanusiaan. Malah ia bukan sahaj boleh dikaitkan dengan orang kita sahaja tetapi satu dunia pun boleh menerimanya,” jelasnya lagi.

Filem aksi arahan Woo Ming Jin ini membawa penonton merasai pengalaman sekirang dunia diserang zombi.
Ceritanya bermula 15 tahun lalu apabila sejenis virus telah menjangkiti manusia sehingga manjadikan mereka seperti mahluk yang ganas.