Bapa kepada pelakon Zalif Sidek iaitu Wan Abu Bakar Sidek dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 7.10 malam.

Berita duka itu dikongsikan oleh pengarah filem, Hashim Rejab di Facebook (FB) miliknya, sebentar tadi.

"Assalamualaikum. Baru menerima perkhabaran bapa kepada Zalif Sidek baru meninggal dunia. Al- fatihah," tulisnya.

Zalif atau nama sebenarnya, Md Zalif Naquiyudin turut berkongsi entri di Instagram (IG)nya yang ditulis perkataan Al-fatihah.

"Papa #keneKuat bersama emoji sedih," sebagai kapsyen.

A post shared by ([email protected]) (@zalifsidek)


Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut mengucapkan takziah dan mendoakan agar Zalif kuat menempuh dugaan.

"@fikryibrahim: Takziah sahabat. Semoga dipermudahkan segalanya.

"@harrisannuar: Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

"@sherry_alhadad: Al Fatihah. Semoga roh ayahnda mu di tempatkan di kalangan orang orang yg beriman. Amin. Salam takziah buat Zalif sekeluarga," antara komen-komen ditulis.

Pagi tadi, Zalif memaklumkan bapanya dikerjakan ke Unit Kecemasan, Institut Kanser Negara Putrajaya, selepas mengalami sesak nafas.

Jelas Zalif, bapanya sudah setahun disahkan menghidap kanser paru-paru.

BACA: "Ambil Gas Oksigen Pun Tak Jalan" - Bapa Zalif Sidek Sesak Nafas, Dikejarkan Ke Hospital