Takziah! Nenek Abam Bocey & Ali Puteh Meninggal Dunia

Rozaimi Zubaidi
November 15, 2018 00:15 MYT
Nenek kepada pelawak Abam Bocey dan Ali Puteh telah meninggal dunia pada pukul 1.50 pagi tadi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ali telah berkongsi berita sedih itu kepada semua pengikutnya.
"Assalamulaikum, dukacita dimaklumkan bahawa Opah kepada Abam Bocey & Ali Puteh telah kembali ke rahmahtullah pada jam 1.50 pagi tadi.
"Sedakahkan Al-Fatihah buat nenda saya dan Abam. Jenazah akan dikebumikan sebelom Zohor hari ini.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan nenek mereka.
Semoga roh nenek Abam dan Ali ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin... Al-fatihah.
Mengenai perkembangan lain, Abam dan Ali, kini muncul dalam Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘On demand’.
#Pelawak #Abam Bocey #Ali Puteh