Hiburan

Takziah! Nenek Puteri Sarah Meninggal Dunia

gempak
Zulaikha Yusof
04/07/2019
03:57 MYT
Sponsor Banner
Takziah! Nenek Puteri Sarah Meninggal Dunia
Nenek kepada pelakon Puteri Sarah, Azizah Bee Ghows Khan telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sarah telah berkongsi berita sedih itu kepada pengikutnya.
"Buat nenek saya, Azizah Bee binti Ghows Khan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan nenek Sarah.
Takziah diucapkan kepada Sarah sekeluarga atas kehilangan nenek tersayang. Al-Fatihah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live