Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Takziah! Nenek Puteri Sarah Meninggal Dunia

Zulaikha Yusof 04/07/2019 | 03:57 MYT
Nenek kepada pelakon Puteri Sarah, Azizah Bee Ghows Khan telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sarah telah berkongsi berita sedih itu kepada pengikutnya.
"Buat nenek saya, Azizah Bee binti Ghows Khan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah," tulisnya.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون . . Buat nenek saya , Azizah Bee bte Ghows Khan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan nenek Sarah.
Takziah diucapkan kepada Sarah sekeluarga atas kehilangan nenek tersayang. Al-Fatihah.
#Puteri Sarah #Nenek Meninggal
;