Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Takziah... Nenek Sarah Hildebrand Meninggal Dunia

Asraf Aided
03/03/2021 01:31 MYT
Pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand berkongsi berita duka kehilangan neneknya, Allahyarham Doyah Pin.

Perkara itu dikongsi Sarah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Dengan penuh rasa duka, saya mahu maklumkan nenek (digelar Atuk) kesayangan saya, Doyah Pin telah meninggal dunia.

"I love you Atuk, Al-Fatihah," tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Sarah di ruangan komen.

Rata-rata mereka mengucapkan takziah dan menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

A post shared by SARAH HILDEBRAND (@sarahhildebrand)


Sementara di ruangan Instagram Story, Sarah memaklumkan penghantaran barang perniagaannya akan ditunda seketika disebabkan kehilangan insan tersayang itu.





#Meninggal Dunia #Nenek #Sarah Hildebrand
;