Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Talbis Iblis: “Multitalented! Boleh Jadi Calon FFM Pelakon Wanita Terbaik Ni!” - Lakonan Azira Shafinaz Dipuji

Mya Amri
25/10/2022 06:30 MYT
Filem seram Talbis Iblis telah pun berada di pawagam sejak 20 Oktober lalu dan antara yang menarik perhatian penonton adalah lakonan Azira Shafinaz.

Membawakan watak sebagai Hajar, kemantapan lakonan Azira mendapat pujian penonton.

Tidak hanya berjaya sebagai penyanyi dalam kumpulan De Fan, rata-rata penonton melabelkan Azira sebagai seorang artis yang multitalented.

Azira dipuji kerana berjaya menyampaikan emosi seorang ibu hamil dengan baik dan tangisan yang tidak dibuat-buat bagi babak melibatkan air mata.

Disebabkan itu penonton juga menyatakan juga turut merasai ‘kesakitan’ dan ketakutan Hajar dek kerana keberkesanan lakonan Azira.

Tidak kurang juga ada yang berharap agar Azira tercalon untuk Festival Filem Malaysia (FFM) akan datang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik kelak.

“Azira tu hebat la multitalented. Rap boleh, menyanyi sedap, menari pun boleh, berlakon pun impressive. Cantik pun cantik,”

“Talbis Iblis (2022). Azira Shafinaz sangat sangat sangat bagus! FFM pelakon wanita terbaik on x on,”

“Azira Shafinaz bawa watak Hajar dengan baik sekali! Pelakon Wanita Terbaik FFM mungkin milik Azira!” ulas beberapa penonton.

Selain Azira, filem arahan Kabir Bhatia ini menampilkan pelakon hebat antaranya Nasha Aziz, Zul Ariffin, Sherie Merlis dan Jay Iswazir.

Talbis Iblis ini juga diterbitkan oleh gabungan penerbit hebat tanah air iaitu Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment.

Jadi tunggu apa lagi, saksikan Talbis Iblis di seluruh pawagam di Malaysia sekarang.

Sinopsis:
Talbis Iblis mengisahkan tentang seorang gadis dikenali sebagai Hajar yang dihantar ke sebuah tempat jauh dari kota untuk melahirkan bayi secara rahsia.

Seorang bidan, Mak Ju menjaga Hajar, namun dia mempunyai perancangan lain terhadap gadis itu.

Kemudian terjadinya kisah-kisah misteri yang melibatkan Hajar dan Mak Ju di rumah berkenaan.
#Astro Shaw #Azira Shafinaz #Talbis Iblis