Laman Utama
Talbis Iblis: No More Abang Kacak! Wajah Bengis, Berparut & Kepala Botak, Lain Betul Zul Ariffin, Peminat Okay Tak Tu?
“Rasa macam tak percaya!” Itulah ayat yang sesuai diungkapkan selepas melihat watak pelakon kacak, Zul Ariffin dalam filem seram terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis.
Jika sebelum ini Zul sinonim dengan watak hero kacak, abang sado dan jejaka sweet, namun dalam Talbis Iblis boleh diibaratkan berubah 360 darjah!
Membawa karakter sebagai Nasir menuntut Zul untuk memberikan sedikit kelainan dari segi penampilannya.
Ini merupakan penampilan pertama Zul dengan berwajah bengis, pipi berparut dan juga berkepala botak.
Sebagai peminat sudah pasti pada mulanya akan berasa kekok melihat ‘abang kacak’ mereka berubah secara keseluruhannya.
Namun jangan salah sangka, sudah pasti peminat akan memberikan sokongan padu terhadap Zul dan yang paling penting lakonannya tetap mantap.
Selain Zul, naskhah ini juga dibintangi oleh Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Zaftfarrel Mikhael Felton dan Putri Syahadah Nurjannah.
Filem ini merupakan terbitan gabungan penerbit terhebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MME Entertainment.
Talbis Iblis bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober ini.
Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu.
Filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21.
Talbis Iblis yang membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia, cukup tepat menggambarkan tentang subjek utama yang diangkat dalam filem ini.
Ia mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.
Must-Watch Video