Filem yang menampilkan gandingan hebat Nasha Aziz, Zul Ariffin dan Azira Shafinaz iaitu Talbis Iblis berjaya mencatatkan kutipan tayangan sebanyak RM4 juta.

Berita gembira itu dikongsikan Astro Shaw menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

“Kutipan filem Talbis Iblis kini mencecah RM4 juta. Terima kasih rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini. Tahniah kepada semua yang terlibat,” tulisnya.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Tidak hanya Astro Shaw, para pelakonnya juga turut berkongsi berita itu di akaun Instagram masing-masing.

“Syukur alhamdulillah,” tulis Azira.

A post shared by Azira Shafinaz | DE FAM (@azirashafinaz)

Dalam pada itu, penonton juga tidak ketinggalan memberikan semangat dan ucapan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan naskhah ini.

“Alhamdulillah, tahniah pada pelakon-pelakon yang superb dan team Talbis Iblis. You guys did a great job,” puji seorang peminat.

“Seram! Semalam tengok nak tercabut jantung, 10/10,” komen seorang penonton.

“Filem ni memang mantap, best! Dari pelakon, skrip sampaah sinematografi semua terbaik,” coret seorang netizen.

Selain tiga teraju utama itu, filem arahan Kabir Bhatia ini juga menampilkan Sherie Merlis, Jay Iswazir, Daniella Sya, Amir Nafis, Putri Syahadah Nurjannah, Izzy Reef dan Zaftfarrel Mikhael Felton.

Talbis Iblis ini juga diterbitkan oleh gabungan penerbit hebat tanah air iaitu Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment.

Jadi bagi anda yang belum menonton, saksikan Talbis Iblis di seluruh pawagam di Malaysia sekarang.

Sinopsis:

Talbis Iblis mengisahkan tentang Hajar yang dihantar ke sebuah tempat jauh dari kota untuk melahirkan bayi secara rahsia.

Seorang bidan, Mak Ju menjaga Hajar, namun dia mempunyai perancangan lain terhadap gadis itu.

Kemudian terjadinya kisah-kisah misteri yang melibatkan Hajar dan Mak Ju di rumah berkenaan.

Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.