Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“Tali Pusat Mengikat Leher Baby Terlalu Kuat, Tapi...” - Dr. Say

Syafiqah Jalal 07/05/2019 | 06:00 MYT
Pengacara My Doctors, Dr. Say menganggap bayi sulungnya yang dilahirkan pada Ahad lalu merupakan satu keajaiban daripada Tuhan.
Menurut Dr. Say, dia dan isteri menempuh pelbagai dugaan sebelum dikurniakan anak lelaki dengan selamat dan sihat.
Namun dia bersyukur kerana akhirnya mereka dikurniakan seorang zuriat selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
“Kepada yang mengenali kami mungkin tau kenapa baby kami ni merupakan satu keajaiban buat kami. Kepada yang baru mengenali kami, meh saya simpulkan dalam satu part. Saya dan bini berkahwin sejak 2014 & kami mengamalkan lifestyle yang agak sihat namun begitu kami tidak dikurniakan rezeki dari-Nya sehinggalah tanggal 10 Ogos 2018 pabila bini saya disahkan mengandung. Masa tu mmg kami happy ke langit sebab yelah dekat 4 tahun kami menunggu.
“Tup tap masa 27 minggu mengandung, bini saya mengalami pendarahan yang agak teruk sehingga dimasukkan ke wad. Happy ke langit kami kini bertukar suram menjulam keraba punca utama pendarahan tidak dapat diketahui walaupun baby aktif bergerak & bini xmengadu kesakitan. Pregnancy diteruskan & Alhamdulillah tiada lg pendarahan. Namun begitu jatuh ditimpa tangga kami tidak berakhir di situ.
“Due date baby lahir spatutny 17 Mei 2019. tiba-tiba air ketuban bini pecah sedikit awal on 5 Mei 2019 which is normal, cumanya tiba2 denyutan jantung baby merudum & tuk mengelakkan baby lemas, pembedahan emergency cesarean harus dilakukan scpt mungkin & smase operation didapati tali pusat mengikat leher baby kami teramat ketat tapi baby kami berjaya diselamatkan.
“Sepatutnya end of story la kan? No peeps, mase tengah operation tu jugak, pakar menemui banyak lekatan di organ-organ dalaman bini disebabkan bini saya pernah undergo operation tuk burst appendicitis mase die berumur 17 tahun. Pakar sndiri terkejut akn bgaimana bini sy boleh hamil kerana lekatan terlalu teruk yang menganggu anatomi saluran peranakkan bini. Kalau korang rase ni xckup tak miracle, xtau nak cerita cmne lg dah.
“ Syukur Alhamdulillah yang teramat sangat kepada Allah atas pemberian terbesar dalam hidup kami ni. Sebenarny kalau baby kami girl, mmg kami nak namakan dia Mireille (miracle in French), tp sb boy nama xabis pikiaq lg huhu,” tulisnya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama, dia memuat naik foto isterinya sedang mendukung bayi mereka ketika di hospital.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan berharap bayi dan ibu terus sihat.
#Anak #Bersalin #Hamil #Baby #Hamil #Dr. Say
;