gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Khusus Untuk T20! Amber Perkenal Koleksi Premium ‘Somewhere Somehow Someone’, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah Wajah Rasmi!
RANCANGAN
Talk To My Manager Tampilkan Ina Naim, Siti Saerah, Ameng, Shuib, Liza Hanim & Ramai Lagi! Format Fresh Artis Uruskan Anak Sendiri
HIBURAN
Hael Husaini Bangga Dengan Alpha, Tak Menolak Untuk ‘Hadiahkan’ Lagu Ciptaannya - “Mereka Membuktikan Malaysia..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TALK TO MY MANAGER

Talk To My Manager Tampilkan Ina Naim, Siti Saerah, Ameng, Shuib, Liza Hanim & Ramai Lagi! Format Fresh Artis Uruskan Anak Sendiri

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
13/08/2025
11:36 MYT
Sponsor Banner
Talk To My Manager Tampilkan Ina Naim, Siti Saerah, Ameng, Shuib, Liza Hanim & Ramai Lagi! Format Fresh Artis Uruskan Anak Sendiri
Dengan format baharu yang segar dan unik, Astro mempersembahkan program realiti hiburan terbaharu, Talk To My Manager, sebuah pertandingan yang penuh emosi dan mendebarkan, menguji bakat, populariti, kepercayaan dan legasi sesebuah keluarga di pentas hiburan.
Buat julung kalinya, program ini akan menampilkan pasangan manager dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti dan anak mereka sendiri.
Anak-anak akan menjadi tumpuan utama sebagai penghibur, manakala ibu bapa selebriti bertindak sebagai pengurus yang mengemudi arah kreatif setiap persembahan.
Talk To My Manager akan mula bersiaran pada 24 Ogos 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan turut distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Seiring perkembangan industri hiburan, semakin ramai bakat generasi kedua tampil ke hadapan membawa perspektif baharu sambil meneruskan asas yang dibina oleh ahli keluarga mereka yang terkenal.
Fenomena ini yang merentasi bidang nyanyian, lakonan, komedi, tarian dan lain-lain cabang seni kreatif, mencerminkan minat mendalam penonton terhadap konsep legasi dalam dunia seni persembahan.
Menyedari potensi ini, Astro mengambil inisiatif untuk menghasilkan format yang bukan sahaja mengetengahkan bakat baharu, tetapi turut meraikan bimbingan, pengorbanan dan cita-cita bersama yang menjadi pemangkin kejayaan merentas generasi.
Talk To My Manager menggabungkan selebriti ternama bersama anak mereka dalam suasana pertandingan yang menguji kemahiran, kreativiti dan daya ketahanan.
Setiap minggu, pasangan ini akan bekerjasama rapat dengan selebriti yang juga ibu atau bapa bertindak sebagai pengurus untuk membimbing perjalanan anak mereka menjadi penghibur profesional.
Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, “Astro sentiasa percaya kepada kuasa legasi dalam membentuk landskap industri hiburan, dan kini kita menyaksikan gelombang baharu bakat generasi kedua yang mula menyerlah.
Program ini memberikan peluang kepada para penonton untuk mengikuti perjalanan tersebut dengan lebih dekat, menyaksikan personaliti ternama berganding bahu bersama anak mereka untuk membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia hiburan bukan hanya bergantung kepada bakat, tetapi juga memerlukan dedikasi, ketahanan dan saling mempercayai satu sama lain.
Bagaimanakah seorang artis dapat membimbing anak mereka untuk menghasilkan persembahan yang hebat pada setiap minggu? Para penonton boleh menjangkakan detik-detik penuh emosi, cabaran kreatif dan persembahan memukau setiap minggu yang akan memuncak dengan penobatan pasangan manager dan artis terunggul Malaysia serta meraikan legasi yang bakal menginspirasikan generasi akan datang.”
Antara pasangan manager dan artis yang bakal membuat penampilan sulung musim ini termasuk Siti Saerah & Amad, Ameng & Ammar, Aziz M. Osman & Ara Aziz, Sharifah Shahirah & Auddra, Shuib & Thalita, Sharifah Zarina & Athalia, Ina Naim & Hadie dan Liza Hanim & Marsya.
Setiap minggu, mereka akan menempuh cabaran kreatif, mengasah kemahiran dan mempersembahkan aksi bertenaga, sambil menguji kesabaran, kerjasama dan keserasian unik yang hanya wujud dalam hubungan keluarga.
Program ini akan dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Dato’ AC Mizal.
Para penonton boleh menyaksikan program baharu ini serta kandungan eksklusif Talk To My Manager dengan melanggan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.
KONSERT TALK TO MY MANAGER | Mulai 24 Ogos 2025, setiap Ahad, jam 9 malam Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
STUDIO TALK TO MY MANAGER | Mulai 23 Ogos 2025, setiap Sabtu, jam 10 malam.
Menampilkan kandungan eksklusif ‘Manager’ melakukan kerja serta mempersiapkan artis masing- masing menjelang konsert mingguan dalam latihan vokal dan kelas tarian bersama pengurus masing- masing dan mentor-mentor yang terlibat.
BTS TALK TO MY MANAGER | Mulai 20 Ogos 2025, setiap Rabu, jam 8.30 malam.
Kompilasi sorotan persediaan para peserta menjelang konsert mingguan serta klip-klip sedutan belakang tabir termasuk susunan persembahan, pengurusan peserta, latihan vokal dan kelas tarian bersama pengurus masing-masing dan mentor-mentor yang terlibat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement