TALK TO MY MANAGER
Talk To My Manager: Tiada Penyingkiran! Amad & Siti Sairah Ungguli Minggu Pertama
Pentas minggu pertama Talk To My Manager (TTMM) menyaksikan pasangan anak beranak, Siti Sairah dan Amad, berjaya menduduki tangga teratas.Menerusi persembahan memukau dengan lagu Azimat Cinta nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amad berjaya meraih markah keseluruhan sebanyak 88 peratus.
Sementara itu, kedudukan kedua menjadi milik Thalita, manakala Marsya pula berada di tempat ketiga.
Sementara itu, Ina Naim X Hadie, Aziz M Osman X Ara Aziz dan Sharifah Zarina X Athalia menduduki tangga tiga terbawah untuk minggu pertama.
Bagaimanapun, ketiga-tiga pasangan menarik nafas lega selepas tiada penyingkiran diumumkan untuk minggu pertama.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.
Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Must-Watch Video