Dalam kesibukan membantu mangsa banjir berkemungkinan juga ada kawasan yang terlepas pandang.

Atas keprihatinan rakyat Malaysia, mereka juga cuba mengambil inisiatif lain dengan membantu menyebarkan maklumat mengenai beberapa kawasan darurat yang memerlukan bantuan segera.

Antara kawasan yang dimaksudkan adalah Taman Sri Semantan, Mentakab Pahang, Kampung Dusun Tua dan Sg Lui.

Difahamkan kawasan ini memerlukan bantuan fizikal selain minuman dan makanan yang telah disiapkan berikutan ketiadaan air.

Difahamkan juga di kawasan Taman Sri Semantan masih ada lagi mangsa banjir yang terperangkap dan memerlukan bantuan.

A post shared by @shafiqahshahrin_

A post shared by @shafiqahshahrin_


Gempak berharap perkongsian ini dapat membantu mangsa banjir.

Sama-sama kita doakan semoga segalanya dipermudahkan. Terima kasih rakyat Malaysia dan sukarelawan yang membantu.

Kredit foto: @syzqllh / @hadi_nor