Pengacara rancangan Malaysia Hari Ini, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43, mengakhiri zaman duda apabila bernikah dengan seorang wanita bernama Marlina Ibrahim pada Sabtu.

Menurut laporan MStar, Ally selamat bergelar suami kepada Marlina dengan sekali lafaz dan menerusi gambar yang tersebar di laman sosial, personaliti televisyen itu mengenakan persalinan warna putih sedondon dengan isterinya.

Ally dan isteri dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Temerloh, Pahang dengan mas kahwin bernilai RM22.50 dan senaskah kitab suci Al-Quran.

Untuk rekod, Ally pernah bergelar suami kepada Nur Farahin Romli atau Farah Lee pada 20 Januari 2012.

Ally dan Farah berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang berusia lima tahun.

Sumber: MStar Online