Tampar Muka Danial Lawak Solo, Ini Penjelasan Amy Mastura

Mya Amri
Oktober 11, 2017 15:11 MYT
Peserta Super Spontan Superstar, Amy Mastura akui tidak sengaja menampar pipi pelawak Danial Lawak Solo dalam program CCTV yang bersiaran baru-baru ini.
Menurut Amy, kejadian yang berlaku itu adalah diluar kawalan dan disebabkan oleh reaksi spontan selepas melatah.
Amy memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya beserta sedutan klip program tersebut.
“Sapa tgk CCTV haritu? Sorry tau akak bukan sengaja nak pukul diorang. Semua diluar kawalan hehe,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun jangan bimbang kerana tiada komen negatif diberikan sebaliknya peminat terhibur dengan gelagat lucu penyanyi dan juga pelakon berkenaan.
Menerusi sedutan yang dikongsikan itu, Danial juga turut ketawa dan seolah-olah ‘give up’ dengan keadaan Amy yang kuat melatah.
“Dah orang usik kak Amy, memang penampo la jawabnye hahaha” - @irah.tirah7863
“Tak sangka melatah juga @amymasturalerr ni. Kelakar juga tengok,” -@lynda_shoppe
“Hahahahahahahaha!!! Comel sangatlah you Kak Amy!” - @Sitinormajaafar
Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).
Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.
Foto: Instagram @amymasturalerr
#Amy Mastura #Amy Mastura #Super Spontan Superstar 2017