Laman Utama
Tampil Artis Terkenal, 11 Lagu Baharu, Jalan Cerita ‘Touching’- Ini 5 Sebab Didi & Friends The Movie Filem Wajib Untuk Seisi Keluarga!
Siapa sangka bermula dari hanya lagu kanak-kanak di YouTube, selepas 11 tahun Didi & Friends melangkah jauh mengukuhkan jenamanya sebagai animasi terbaik tempatan yang mempersembahkan nyanyian lagu kanak-kanak menghiburkan, menerusi filem terbaru Didi & Friends The Movie.
Dengan durasi filem 104 minit, Didi & Friends The Movie yang akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Februari ini.
Menariknya, penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, namun buat julung kali animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo.
Bukan filem animasi biasa, Didi & Friends The Movie tampil dengan banyak elemen menarik yang bakal memikat bukan sahaja anak-anak malah semua golongan terutama sesuai untuk seisi keluarga.
Justeru, Gempak senarikan lima perkara menarik yang anda wajib bawa tonton anak-anak sekeluarga ke pawagam.
#1 Wajah Baru Watak Utama Lebih Matang!
Berbeza dengan animasi sebelum ini, Didi & Friends The Movie adalah sebuah filem unik dengan penceritaan penuh teladan serta cabaran aksi pengembaraan yang menampilkan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo dalam evolusi yang baharu.
Filem ini amat berbeza sekali dengan siri televisyen yang pernah diterbitkan dari sudut ‘texturing’, ‘rigging’, ‘modelling’, animasi, warna tema dan lain-lain lagi. Kali ini, watak utamanya Didi, Nana dan Jojo dengan kulit berbulu. Ia menjadikan watak mereka lebih cantik dan nampak seperti hidup.
Selain watak utamanya yang berbulu, Nana juga dilihat semakin cantik atau ‘glow up’ dengan gaya yang lebih remaja.Bukan sahaja mengenakan baju yang berbeza, malah rambut dan kepalanya juga disisir rapi serta diletakkan bunga menyerikan lagi watak Nana.
Watak Pak Atan sebagai orang utan juga mengikut evolusi berbeza dari mula awal kemunculan tidak berbaju dan kini bukan sahaja berbaju malah gayanya lebih matang dan semakin kacak.
#2 Perkembangan Watak & Penampilan Bintang Terkenal
Lebih menarik, filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini turut memperkenalkan watak-watak baru seperti Torra, Nek Kura, Kapten Zee, Tok Chip.
Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi mengerakkan watak tersebut, seperti Dato’ Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee),Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra).
Selain itu, watak baru yang lain juga dilihat dalam filem ini adalah Geng Torra - Sumbu, Spy-Ken, Geng Pangobots; Kesatria-Z – Ondok, Mitus, Galang, Zee, Hip, Tong, Blink dan Pod; Penduduk Muzika – Rakyat Muzika Lama, Orang Asal Manet, Rakyat Muzika Baharu.
Penyanyi popular, Hael Husaini turut membuat penampilan istimewa yang mempertaruhkan suaranya untuk watak Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema utama filem bertajuk ‘Luar Biasa’.
#3 11 Lagu Baharu Diiringi MPO & DFP
Istimewanya, lagu-lagu itu diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan diketuai oleh muzik direktor yang sama dengan OlaBola The Musical dan Puteri Gunung Ledang The Musical, iaitu Saiful Ridzuan Sharafuddin atau lebih dikenali sebagai Duan.
Movie juga menampilkan 11 lagu baharu yang dikarang oleh pengarah muzik terkenal, diiringi pula oleh pemuzik Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO), menjadikan lagu-lagu segar dan mudah dinikmati.
Kesemua 11 buah lagu baru yang dihidangkan juga mampu membuat penonton menyanyi bersama ‘sing along’.
Dimuatkan juga lagu ‘Kembali Bersama’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut.
Filem ini tidak ketinggalan dalam mengangkat hidupan liar yang hampir pupus di Malaysia dan memasyhurkan alat muzik tradisional sebagai tanda sokongan kami dalam pelestarian hidupan liar dan seni budaya.
#4 Angkat Watak Dari Haiwan Terancam
Filem ini tidak ketinggalan dalam mengangkat hidupan liar yang hampir pupus di Malaysia dan memasyhurkan alat muzik tradisional sebagai tanda sokongan kami dalam pelestarian hidupan liar dan seni budaya.
Uniknya, kesemua watak ini direka dalam bentuk haiwan terancam di Malaysia seperti harimau belang, cipan, enggang, badak sumbu dan banyak lagi. Kelainan ini mampu membuat kanak-kanak tertarik dan mengenal haiwan lain.
#5 Cerita Menyentuh Hati Sesuai Seisi Keluarga
Di samping itu, filem ini juga berjaya memperlihatkan jenama Didi & Friends bukan sekadar hiburan untuk golongan umur tertentu sahaja, tetapi ia boleh dinikmati seisi keluarga dan semua latar.
Malah Didi & Friends The Movie bakal membuat penonton dewasa juga akan menjadikan filem ini sebahagian daripada koleksi filem animasi kesukaan mereka dengan adegan-adegan mencuit hati.
Jalan ceritanya pula lengkap dengan elemen mendebarkan, gembira, lucu, sedih menyentuh hati dan mengejutkan. Justeru, filem ini bukan hanya sesuai untuk tontonan kanak-kanak tetapi pasti memikat semua lapisan umur dan latar.
Kisah Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan- rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit.
Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra.
Dapatkan tiket dan saksikan filem animasi genre animasi, pengembaraan, muzikal ini di pawagam-pawagam berhampiran mulai 23 Februari 2023.