Laman Utama
Tampil Dengan Lagu ‘Satu’, Mayumi Kasuga Disangkakan Berasal Dari Jepun - “Saya Sebenarnya Orang…”
Disangkakan berasal dari Jepun gara-gara nama unik, penyanyi Mayumi Kasuga memberitahu dia sebenarnya orang Malaysia namun bapanya berdarah campuran Jepun-Korea.
“Saya sebenarnya orang Malaysia, tetapi sekali imbas memang ramai akan menyangka saya orang Jepun, ayah saya berdarah campuran Jepun-Korea.
“Manakala ibu saya pula berketurunan Melayu asli dan berasal dari Johor,” kata Mayumi.
Hadirnya Mayumi di persada muzik tempatan bagi mempersembahkan bakatnya melalui single pop berjudul Satu hasil ciptaannya bersama komposer hebat seperti Mingaling, Yuka Kharisma, Imgkay, Madebyartin, Amzar Sabri dan Fhan.
Menurut Mayumi, dia mula menghasilkan lagu tersebut ketika negara berada dalam tempoh perlaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19.
“Saya sememangnya minat berniaga dan pelbagai jenis perniagaan telah saya ceburi sebelum ini, namun cita-cita saya untuk bergelar penyanyi masih lagi menebal sehinggalah pandemik COVID-19 melanda dunia dan tercetusnya idea untuk menghasilkan single ini.
“Ketika negara dalam tempoh PKP, ramai orang berdepan dengan kepayahan dalam kehidupan, banyak yang saya pelajari pada ketika itu di mana kita perlu bersatu dan saling membantu satu sama lain.
“Dan terdetik idea untuk menghasilkan lagu SATU yang mempunyai maksud tersirat dan dapat menyebarkan energi positif buat semua,” jelas Mayumi yang turut fasih berbahasa Jepun dan Mandarin, selain Melayu dan Inggeris.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video