Baru sahaja menamatkan tugas sebagai penyampai radio awal tahun lalu, pelawak dan pengacara terkenal Ajak Shiro terus mengatur langkah baru dalam arena muzik tempatan.

Selepas tampil dengan single pertama Ging Gang Guli kira-kira setahun yang lalu, kini Juara Maharaja Lawak Mega 2019 ini tampil dengan single kedua yang berjudul Yang Mano.

Yang Mano dicipta oleh gabungan komposer dan rapper terkenal Altimet bersama komposer berbakat besar Ezra Kong.

Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup dimana bapanya berpesan supaya memilih calon seperti ibunya dan rentaknya yang berunsur catchy.

Single Yang Mano merupakan terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 12 April 2019 yang lepas.