Filem BoBoiBoy Movie 2 bakal ditayangkan tidak lagi dan pastinya ramai yang menunggu apa kejutan yang bakal 'dihidangkan' kepada penonton kali ini.

Namun sebelum menontonnya apa kata kita kenali lebih dekat dengan watak-watak utama filem ini.

Ada tujuh watak wajib yang anda perlu kenal kesemuanya!

#1 YAYA



Nampak manis dan ceria tapi gadis ini sebenarnya mempunyai kekuatan luar biasa iaitu manipulasi graviti.

Kuasa ini membolehkan Yaya terbang, menggunakan tumbukan graviti dan juga mengapungkan objek.

#2 YING



Gadis ini merupakan rakan karib Yaya.

Kekuatan utama Ying adalah manipulasi kelajuan hingga membolehkan dia bergerak dalam kelajuan yang amat tinggi.

Selain itu, Yaya juga boleh memperlahan objek mahupun individu.

#3 GOPAL



Mungkin ramai yang tak sedar, tapi Gopal merupakan rakan karib BoBoiBoy.

Menariknya tentang Gopal, dia mempunyai kelebihan yang mampu mengubah dan memanipulasikan molekul.

Gopal berupaya untuk menukarkan sesuatu objek kepada objek yang lain.

#4 FANG



Fang merupakan saingan BoBoiBoy!

Kelebihan Fang pula terletak pada kuasa manipulasi bayang. Menerusi kuasa ini, Fang boleh menyeru haiwan dalam bentuk bayang seperti helang, harimau dan naga bayang.

#5 OCOBOT

Ochobot merupakan robot kepunyaan BoBoiBoy.

Kalau anda nak tahu, Ochobot merupakan sebuah 'power sphera yang telah memberi kuasa kepada BoBoiBoy dan rakan-rakannya.

Ochobot mempunyai kuasa teleportasi yang sering digunakan untuk membantu BoBoiBoy dalam misi-misinya.

#6 BOBOIBOY



Watak penting dalam siri animasi dan filem ini. BoBoiBoy menerima kuasa elemental dari sebuah 'power sphera' bernama Ochobot.

Kuasa pecahan elemental merupakan kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah kepada elemental berbeza.

Terdapat dua tahap yang membolehkan BoBoiBoy menggunakan kekuatan yang berbeza-beza.

#7 RETAK'KA



Bagi anda yang bakal menonton filem BoBoiBoy Movie 2 ini, Retak'ka merupakan watak antagonis terbaru yang bakal memberi kejutan.

Retak'ka mendakwa dia adalah pengguna asal kuasa elemental kepunyaan BoBoiBoy.

Menerusi filem terbaru ini anda akan menyaksikan bagaimana Retak'ka kembali untuk merampas semua kuasanya dari BoBoiBoy!


BoBoiBoy Movie 2 akan mula ditayangkan pada 8 Ogos ini dan paling menarik filem ini turut menjadi animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara.

Antara negara yang terpilih termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

BACA: Cipta Sejarah! “BoBoiBoy Movie 2” Jadi Filem Animasi Pertama Ditayangkan Serentak Di 5 Negara