Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tampil Dengan Tulang Pipi Timbul, Peminat Cakap Dukun 'Bedah' Wajah Demi Moore

Maliah Surip
29/01/2021 01:57 MYT
Bintang Hollywood, Demi Moore cukup terkenal bukan sahaja kerana bakatnya, namun raut wajah yang manis dan cantik.

Namun, semalam, Moore yang kini berusia 58 tahun mengejutkan peminat dengan penampilan terkininya.

Ramai yang tidak mengenali bintang filem Ghost itu sewaktu melihat beberapa keping foto dirinya ikut menjadi model jenama terkenal Fendi di Runway Paris Fashion Week yang berlangsung pada Rabu.

Hal itu lantaran wajah manis mantan isteri Ashton Kutcher tersebut terlihat berbeza dan pelik. Bahagian tulang pipinya kelihatan jelas 'terkeluar', sekali gus membuat peminat berspekulasi Moore telah melakukan pembedahan plastik yang gagal!



Memetik laporan The Sun, ramai pengguna Twitter menciap 'Demi Moore sudah tidak dikenali dan berbeza dari dirinya yang lampau' dan ada yang mengatakan dia telah mendapatkan khidmat pembedahan plastik daripada dukun, bukannya pakar sebenar.

"Tak kelihatan seperti Demi Moore. Dan jika ini Demi Moore, orang yang melakukan pembedahan ke atasnya adalah seorang dukun," ciap seorang pengguna Twitter.

Sementara itu seorang pengguna lain menciap: "Apa yang telah Demi Moore lakukan pada wajahnya?", manakala seorang lain menulis: "Saya harap Demi Moore saman pakar bedah yang membuat pembedahan pada wajahnya, sebab sumpah saya ingat dia Caitlyn Jenner pada awalnya!"



Selain itu ramai yang kecewa dengan tindakan aktres tersebut jika beliau memang benar telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang pernah menjadi pujaan ramai.

"Oh Moore, saya rasa anda betul betul tak perlu melakukan benda yang bodoh ini kepada wajah anda," tulis seorang pengguna Twitter lain penuh kesal.

Kredit Foto: The Sun

#Dukun #Pembedahan Plastik #Demi Moore #Fendi #Paris Fashion Show
;