Group girl tanah air, Dolla melahirkan rasa teruja apabila penampilan sulungnya di pentas acara muzik K-Pop, Seen Festival baru-baru ini berjaya mencuri perhatian penggiat seni Korea Selatan.

Ini kerana, tular satu ciapan di laman Twitter apabila pengarah Korea Selatan memuji tarian serta lontaran vokal ahli kumpulan Dolla yang terdiri daripada Angel, Tabby, Syasya dan Sabronzo ketika di acara tersebut.

“Kami ada nampak tweet tersebut. Memang orang-orang yang terlibat dengan Seen Festival di belakang tabir akan bertemu dengan kumpulan dan tenaga kerja dari Korea Selatan.

“Mereka (tenaga kerja) Korea Selatan merasakan muzik Dolla bagus. Kami sangat berbesar hati kerana berjaya mencuri perhatian mereka,” kata Tabby kepada Gempak.

Tabby berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu terbaru Dolla berjudul Look At This di ibu kota baru-baru ini.

Dalam masa sama, Dolla turut mendedahkan, ini bukan kali pertama mereka meraih pujian sedemikian. Apabila sebelum ini, mereka turut mencuri tumpuan di Festival Melosaga, iaitu acara muzik dan tarian K-pop terbesar di Asia Tenggara.

“Sebenarnya kami pernah terlibat di acara Melosaga yang juga menampilkan penari YG Entertaiment yang dipanggil YGX.

“Mereka juga menyukai lagu kami. Mereka siap rakan video di Instagram sedang layan lagu-lagu Dolla.

“Besar harapan kami agar peluang untuk kami bekerjasama dengan mereka di masa depan,” tambah Sabronzo.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.