Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Tampil Efek CGI Berkelas Tinggi, Filem Fantasi Jagat Arwah Dah Mula Menghantui Penonton Di Pawagam!

Izwan Isa
28/10/2022 12:50 MYT

Selepas kolaborasi untuk filem Mencuri Raden Saleh, Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dengan penerbit hebat Indonesia, Visinema Pictures dalam membawakan naskhah seram fantasi, Jagat Arwah kepada penonton Malaysia.

Berbeza dengan filem seram yang lain, kelibat makhluk atau hantu dalam Jagat Arwah digambarkan sebagai superhero. Hal ini secara tidak langsung menyaksikan penerbit Visinema Pictures tidak tampil dengan filem seram yang stereotype yang kebiasaannya hantu sering memainkan peranan antagonis, dan dalam Jagat Arwah sebaliknya, iaitu menjadi pahlawan.

Bukan itu sahaja, malah kekuatan naskah ini turut dilihat melalui kualiti teknik Computer Generated Imagery (CGI) yang memukau dan sangat meyakinkan serta rangkaian adegan penuh mendebarkan.

Antara babaknya adalah cahaya-cahaya yang menjalari tubuh watak-watak ketika sedang bertarung, daun berterbangan, makhluk ghaib Genderuwo dengan taring menggerunkan. Kesan khas sebegini mampu membuatkan para penonton tidak hanya menikmati tayangan penuh efek yang mengujakan, tetapi turut membawa penonton seolah-olah terlibat di dalam filem ini.

Filem dengan aliran seram fantasi ini banyak mengangkat budaya jawa yang begitu dekat dengan latar belakang pengarahnya sendiri, iaitu Ruben Adrian, skrip oleh M. Rino Sarjono bersama Ruben Adrian. Jagat Arwah telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 29 September lalu dan menerima sambutan baik di sana.

Kisah Jagat Arwah bermula apabila kematian Sukmo iaitu ayah kepada Raga yang didapati mencurigakan. Kemudian Raga mendapat tahu dia merupakan keturunan Jagat Arwah dan mewarisi tradisi keluarganya. Dibantu temannya Jaya, Raga berusaha mengendalikan kekuatan yang ada di dalam dirinya dan bertemu dengan Nonik, Kunti dan Genderuwo. Pertemuan itu kemudian mengubah hidup Raga selamanya.

Jagat Arwah membariskan pelakon terkenal Indonesia seperti Ari Irham, Cinta Laura, Oka Antara, Sheila Dara, Ganindra Bimo, Kiki Narendra, Abdurrahman Arif dan Muhammad Khan.

Saksikan filem seram fantasi, Jagat Arwah di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Oktober 2022. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.


Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Jagat Arwah