Hiburan

Tampil Kisah Pengorbanan Anggota Bomba, Kumpulan Slash Tampil Dengan Single Runtun

gempak
Kamaruddin Razal
12/07/2019
09:42 MYT
Sponsor Banner
Tampil Kisah Pengorbanan Anggota Bomba, Kumpulan Slash Tampil Dengan Single Runtun
Setelah sekian lama menyepi, kumpulan Slash yang popular dengan lagu Taman Astakona telah melahirkan single terbaharu mereka yang berjudul Runtun.
Bernaung di kini dibawah label mereka sendiri, Astakona Entertainment, Slash merupakan kumpulan yang membawakan genre pop rock dan kali terakhir, mereka muncul dengan lagu Melodi Kasih pada tahun 2017.
Dianggotai oleh Nuar selaku vokalis, Joe selaku gitaris, Jack selaku pemain bass serta Alin selaku pemaian drum, masing-masing berasal dari Kajang, Selangor dan ditubuhkan pada tahun 1994.
Single berjudul Runtun ini ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar mereka, Joe dan lagu ini mengambil inspirasi dari kisah pengorbanan anggota bomba yang kehilangan nyawa sewaktu mencurahkan khidmat bakti mereka.
Berbicara mengenai Runtun, tema liriknya bersifat universal dan karya tersebut diadun dalam acuan moden dan segar, bersesuaian dengan peredaran zaman.
Mempertaruhkan genre pop rock , Runtun memang sengaja dihasilkan dalam acuan pop dan catchy. Ia kemudiannya disalut dengan unsur cinta yang disifatkan sesuai dengan judul lagunya Runtun, selain kekuatannya juga terletak kepada melodi yang mudah menjadi siulan anak anak muda.
"Kami mahukan sebuah lagu yang santai, berbaur pop dan cathcy. Secara ringkasnya juga, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap permulaan kembara hidup saya dalam industri ini," ujar Joe menerusi sebuah kenyataan media.
Muzik video rasmi lagu ini menampilkan pelakon Amar Asyraf serta di bantu oleh Atikah Nasir serta di arahkan oleh pengarah terkenal Kas Roshan.
Slash juga berharap agar lagu ini diterima ramai dan serta mendapat penerimaan daripada semua golongan, serta tanda terima kasih warga seni kepada pergorbanan anggota bomba Malaysia yang banyak membantu masyarakat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live