Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Tampil Mempertahankan DSV, Iqbal Zulkefli Dedahkan Perkara Sebenar - “Minta Maaf Saya Mencelah Sedikit”

Asyraf Roslan 27/11/2024 | 08:25 MYT

Pempengaruh, Iqbal Zulkefli mendedahkan bahawa usahawan terkenal, Datuk Seri Vida telah melaburkan jutaan ringgit untuk pembinaan sebuah studio.

Malah lebih mengejutkan apabila, Iqbal mendakwa bahawa pereka dalaman tersebut sudah menghilangkan diri secara mengejut dan pembinaan studio itu sudah tergendala.
“Tentang rumah Dato Seri Vida disita, minta maaf saya mencelah sedikit.
“Ketika proses pembinaan bangunan tersebut, saya ada setiap kali perbincangan dan berulang kali kesana. Konsep, pelan bangunan tersebut pun masih saya simpan.

“Untuk reka bentuk sahaja jutaan ringgit DSV laburkan, tetapi tidak siap dibina malah pihak interior designer hilang mengejut waktu itu. Sedangkan modal besar DSV sudah laburkan.
“Jadi terbiar begitu sahaja, dengan keadaan jamban pun tidak dibina dengan baik.,” kata Iqbal menerusi satu hantaran di Instagram Story.
Pada masa sama, Iqbal juga menyatakan tujuan dia tampil memberi kenyataan adalah kerana dia merupakan antara individu yang terlibat ketika proses pembinaan studio itu berlangsung.
Dia juga menyatakan bahawa dia bersimpati terhadap apa yang terjadi kepada usahawan tersebut.
“DSV bercita-cita besar, dalam perancangan studio tersebut bakal menjadi studio terbesar di ASIA dengan kelengkapan yang luar biasa.
“Cuma silapnya DSV tidak melantik peguam dari awal. Kadang saya kasihan DSV terlalu mudah percaya pada orang luar.

“Minta maaf, bukan niat saya mencelah cuma sebagai orang yang pernah rapat dan ada di saat proses tersebut, saya rasa bertanggungjawab dan simpati.

“Saya percaya peguam DSV sekarang Juga merupakan peguam yang sama dengan saya) dapat selesaikan dengan baik. Insya Allah,” tambahnya.
Terdahulu, Terdahulu media melaporkan, barangan rumah dan empat kenderaan mewah milik Hasmiza di Ipoh, disita selepas gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilangnya.
Menurut akhbar berbahasa Inggeris, beliau dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kilangnya di Shah Alam, Selangor, yang dijadikan sebuah studio pada tahun 2018 berjumlah RM1,060,285. Perintah penyitaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Isnin.

#Viral #DSV #Iqbal Zulkefli
;