Hiburan

Tampil Mohon Maaf, Niat Sharif Hanya Nak Jadikan Kisah Hidup Atu Sebagai Pengajaran - “Tidaklah Sampai Hati Nak Burukkan Adik Sendiri”

gempak
Asyikin Mayudin
16/12/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Tampil Mohon Maaf, Niat Sharif Hanya Nak Jadikan Kisah Hidup Atu Sebagai Pengajaran - “Tidaklah Sampai Hati Nak Burukkan Adik Sendiri”
Gara-gara berkongsi detik hitam adiknya, Atu di podcast, pelawak Sharif Zero menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menganggap tindakannya itu seperti membuka aib ahli keluarga sendiri.

Beri inspirasi

Mengakui kekhilafannya, Sharif tampil memohon maaf kepada Atu dan menjelaskan perkongsiannya itu hanya untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.
"Tindakan saya bercerita tentang itu dengan niat mahu beri inspirasi kepada orang lain. Jika Atu rasa perkara itu aib saya tidak salahkannya, dia berhak bersuara.

"Jika Atu rasa perkongsian itu telah membuka aibnya, saya memohon maaf. Saya mahu jadikan cerita hidup dia sebagai pengajaran kepada orang di luar sana, berbanding cerita hidup saya mungkin agak bosan.

"Apa pun saya bangga dengan dirinya yang sekarang, dia sudah berjaya,” katanya menerusi video temu bual bersama media yang dikongsikan di akaun TikTok sebuah portal hiburan.

Masih baik

Tidak bermasam muka antara satu sama lain, Sharif berkata, hubungan mereka dalam keadaan baik dan Atu masih menghubunginya.
"Selepas podcast itu tular, hubungan kami baik sahaja dan tiada masalah. Malah dia masih berhubung dengan saya. Sebelum ini kami pernah berada dalam satu podcast bersama, okay sahaja saling membahan antara satu sama lain.

“Cuma mungkin podcast yang itu saya seorang, Atu tiada di situ. Cerita yang dikongsikan adalah daripada Atu sendiri, tidaklah sampai hati mahu burukkan adik sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, Sharif mendedahkan, Atu pernah lari dari kampung halaman mereka di Sabah untuk pergi ke Kuala Lumpur (KL) dan pernah menjalani kehidupan sebagai gelandangan kerana tidak mempunyai wang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Masa Itu Oksigen Dalam Otak Dia Dah Kurang” - Atu Zero Harap Sharif Berhenti Kongsi Kisah Peribadi Orang Lain

ARTIKEL BERKAITAN: Sharif Imbau Detik Hitam Atu Zero, Lari Ke KL & Jadi Gelandangan - “Dulu Aku Tengok Dia Macam Tiada Harapan”

ARTIKEL BERKAITAN: Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Buat ‘Show’ Percuma, Atu Zero Hanya Mahu Hiburkan Orang - “Bila Kita Tengok Orang Gembira, Hati Rasa…”

Sharif turut memberitahu Atu juga pernah terjerumus dengan gelaja dadah disebabkan tersalah langkah dalam memilih kawan dan dikatakan hampir tidak mempunyai sinar meneruskan kehidupan.
Atu menerusi temu bual eksklusif bersama Gempak bagaimanapun tidak berkecil hati namun berharap abangnya hanya berkongsi kisah dirinya tanpa melibatkan orang lain selepas ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024