Pelakon dan pengacara Nabila Huda tampil kacak menyerupai ikon rock popular dunia yang juga vokalis kumpulan Queen, mendiang Freddie Mercury.

Nabila berkongsi foto tampan itu menerusi satu posting di Instagramnya yang dimuat naik semalam.

Menerusi gambar itu, Nabila menyarung suit over-sized coklat, mengenakan rambut palsu pendek, bermisai, berkanta lekap serta aksesori rokok sebagai pelengkap gaya.

“Freddie Mercury siot! Gila ah! Sesumpah jenis apa aku ni!” Tulis Nabila sebagai kapsyen.

Freddie Mercury Siot ! Gila ah ! Sesumpah jenis apa Aku ni...?? #muzikallawaksuperstar

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Tambah Nabila, dia menyamakan dirinya seperti haiwan sesumpah kerana reptilia itu mampu merubah warnanya mengikut keadaan sekeliling.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan netizen rata-ratanya terhibur dan meninggalkan pelbagai reaksi pada foto tersebut.

“Kau lah sesumpah yang paling agung di muka bumi ini,” komen pelakon Nazim Othman memuji penampilan Nabila.

“PECAH OVARI!” Tulis seorang netizen yang terpukau dengan ketampanan Nabila.

“Satu hari nanti solek macam Amy Search pulak. Memang sama sungguh,” kata seorang netizen memberikan cadangan.

“Tangan tu kalau berurat sikit lagi memang wow!” komen seorang netizen lagi.

Nabila tampil selaku lagenda rock dunia itu untuk mengacarakan program realiti Muzikal Lawak Superstar yang bersiaran pada Jumaat lalu.

Foto tersebut sehingga kini telah menerima hampir 25,000 tanda suka daripada pengikutnya.