Hiburan

Tampil Sebagai Hos Jemputan MeleTOP, Fesyen Sherry Alhadad Menerima Pujian Netizen

gempak
Azwa Rahman
14/01/2020
17:50 MYT
Sponsor Banner
Tampil Sebagai Hos Jemputan MeleTOP, Fesyen Sherry Alhadad Menerima Pujian Netizen
Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad tampil penuh bergaya apabila menjadi pengacara jemputan program MeleTOP malam tadi.
Menerusi laman sosial Instagram, Sherry berkongsi foto outfit of the day (OOTD) untuk tatapan pengikutnya.
“Olla, MELETOP malam ini jam 9pm,” tulis Sherry ringkas sebagai kapsyen.
Kelihatan serba mewah dalam persalinan pereka fesyen Syomir Izwa, Sherry mengenakan jaket putih dengan celoreng biru lengkap bertopi dari tona yang sama serta skirt paras lutut yang memberikan ilusi ramping.
Digandingkan bersama pengacara asal Nabil Ahmad, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya memuji gaya moden Sherry yang penuh keyakinan.
“Fuiyooo, meletop!” puji seorang wargamaya.
“Semua citarasa fesyen Sherry sangat cantik. Dari segi bergaya, Sherry adalah inspirasi saya,” tulis seorang wargamaya.
“Lovenya kak Sherry kita! Nampak kurus!” komen seorang wargamaya lagi.
Sherry diundang sebagai pengaraca jemputan bagi menggantikan Neelofa yang telah mengundurkan diri pada 31 Disember yang lalu.
Pelakon dan penyanyi Erra Fazira telah diundang menjadi hos jemputan pada episod pertama MeleTOP bagi tahun 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live