HIBURAN

Tampil Seksi Di “The Ruby Experience”, Jennie BLACKPINK Dikritik Peminat - “Saya Tak Tahu Nak Cakap Apa”

Asyraf Roslan 09/03/2025 | 17:55 MYT

Penampilan Seksi Jennie BLACKPINK Dii 'The Ruby Experience' Cetus Kontroversi

Penampilan penyanyi Jennie dalam jelajah solo pertamanya, The Ruby Experience, telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan netizen, khususnya di Korea.

Sejak konsert sulungnya berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Jennie menjadi topik hangat di media sosial.
Salah satu aspek yang paling diperkatakan ialah pilihan pakaian pentasnya yang telah menerima pelbagai reaksi.
Walaupun peminat antarabangsa memuji persembahan serta kehadiran pentas Jennie yang memukau, netizen Korea memberikan pandangan berbeza.

Mereka menganggap gaya fesyen Jennie di konsert tersebut terlalu terdedah dan tidak sesuai dengan imejnya.
Malah ada diantara mereka yang menyatakan rasa kecewa terhadapa Jennie kerana tampil dengan gaya tersebut.
"Ini bukan gaya saya."
“Nampak terlalu terdedah.
“Saya tak tahu nak cakap apa.
"Saya faham konsep fesyen yang Jennie cuba tonjolkan, tetapi ia tidak sesuai dengannya.
"Isunya bukan kerana ia terdedah, tetapi pakaian itu membuatkan bentuk tubuhnya kelihatan pelik."
"Mungkin saya terlalu konservatif, tapi tarian dan pakaian ini nampak terlalu terbuka,” komen netizen.
Sekadari info, Jennie secara rasmi memulakan jelajah solonya, The Ruby Experience, bagi meraikan pelancaran album solo debutnya, Ruby.
Selain daripada Los Angeles, Jennie juga akan menjelajah ke dua lagi lokasi iaitu New York dan Seoul pada 15 Mac 2025.

#Konsert #Jennie Blackpink #The Ruby Experience