Hiburan
Tampil Seksi, Priyanka Chopra Tidak Kisah Dilabel Simbol Seks
Pelakon yang kini sedang mencipta nama di Hollywood, Priyanka Chopra tidak kisah dilabel simbol seks.
Menurut laporan Aceshowbiz, bintang filem Quantico ini, sering membuat peminat jatuh cinta pada keseksiannya sehingga digelar simbol seks.
"Saya tidak berasa tersinggung apabila digelar sebagai simbol seks kerana saya adalah seorang artis yang seringkali menjadi perhatian umum.
"Ia merupakan sebagai sebahagian daripada pekerjaan saya yang harus tampil bergaya setiap kali berada di hadapan umum atau menghadiri majlis tertentu.
"Menjadi sebagai simbol seks saya rasa bukanlah sasaran utama kerana sudah tentu saya ingin tampil seksi," katanya.
Menurut Priyanka lagi, dia tidak hanya mahu dikenali sebagai simbol seks tetapi berharap agar masyarakat umum di luar sana juga tetap menilai kemampuan dan bakatnya dalam lakonan.
Olahan: Rozaimi Zubaidi
Sumber: Daily Mail
Must-Watch Video