Jika sebelum ini penonton sering menyaksikan dirinya menjayakan watak dalam naskah cinta dan aksi, pelakon Fattah Amin menyerlahkan sisi berbeza dalam karya terbaru yang berjudul Aneh.

Menerusi Aneh, Fattah membawakan karakter Musa Adam, seorang lelaki yang merupakan pengamal perubatan Islam.

"Karakter ini sangat berbeza dan cerita ini mengangkat genre seram. Musa Adam pandai mengubati orang. Dia ada ilmu agama dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan perubatan Islam.

"Ia mengingatkan saya tentang pengalaman sewaktu kecil. Saya mempunyai seorang bapa saudara yang saya panggil Pak Anjang. Saya sering mengikutinya untuk mengubati orang. Dari kecil saya sudah terdedah dengan perkara ini," kata Fattah.

Dedah Fattah lagi, dia juga mendapatkan nasihat Pak Anjang ketika mendapat tawaran untuk menjayakan karya ini.

"Ketika saya tahu saya bakal menjayakan Aneh, saya terus menghubungi Pak Anjang. Saya bertemu dengan Pak Anjang dan bertanya kepadanya mengenai bacaan yang diamalkan serta apakah doa yang sebetulnya.

"Apa yang saya baca dan gunakan dalam Aneh merupakan cara yang betul untuk mengubati orang yang mahu berubat. Saya juga turut dibantu oleh ustaz yang disediakan di set penggambaran oleh pihak produksi," katanya lagi.

Sebab tolong orang kita yg kena tanggung pulak haissssh sian Musa Adam ni. Tp sapa nk tolong Ilham? . Gandingan @fattahaminz @elyanaofficial #citraexclusive Saksikan #Aneh sabtu 9pm hanya di AstroCitra131 CitraHd 126. #astrocitra #citrahd

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

Hellooooo sapa ada kisah #Aneh yg sudi untuk di share boleh la buat video ke, tulis ke then share kat Cik Bam okay! Mana yg menarik Cik Bam share share la biar org baca or tgk okay!!!! Cik Bam suka citer seram ni

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Fattah juga berharap karya ini dapat mengubat kerinduan peminat di Astro yang menantikan karya terbaru daripadanya.

Kali terakhir Fattah muncul di saluran Astro ialah menerusi drama bersiri Isteri Bukan Untuk Disewa pada November tahun lalu menerusi slot Megadrama.

Diarahkan oleh Wan Hasliza, Aneh turut dibintangi oleh Elyana, Zaidi Omar, Juita Johari dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Aneh yang bersiaran esok (Sabtu), 14 September 2019, jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.



Sinopsis Aneh:

Nadia dihantui dengan kehadiran bayangan Ilham yang sedang koma meminta bantuan daripadanya. Tidak tahan dengan gangguan itu, Nadia meminta bantuan Musa Adam, seorang bekas pengamal perubatan Islam yang kini telah mengasingkan diri dari dunia tersebut.

Musa Adam menolak keras permintaan Nadia untuk menjaga keselamatan anaknya kerana peristiwa
sebelum ini telah memgorbankan nyawa isterinya.